Jumaat, 9 September 2011

TIADA JALAN PULANG


Tiada jalan
untuk mu pulang
Selagi calar kasih
utuh terbayang

Betapa mudah meluah kata
sehidup semati bersama
hingga terlena diulit mimpi
janji hanya igauan ngeri

Biarlah bunga berkecai
sebelum mampu berputik
kerana telah kau runaskan
bagai mencarik perasaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan