Jumaat, 9 September 2011

PERPISAHAN.....


Bergegar tiang Arasy Mu
satu lafaz kalimah dibenci
memisah dua hati bertaut sayang
melerai dua jiwa buntu
meninggal kesan luka kian celaru

Bukankah itu permintaan mu?
melerai jiwa kekalutan
membenam serpihan kaca
mencalar pedih luka

gementar di sanubari
merentap urat dan nadi...
menggoyah kaki terpasak kebumi
kian longlai melangkah tempang
merempuh laluan disisian jurang

namun, terus ku berpijak
pada duri-duri menikam kaki
demi mencari satu destinasi
harapkan sinar nan belum pasti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan