Jumaat, 16 September 2011

PEDOMAN




 pipit hinggap di pohon renek
enggang berada di pucuk sena
ingatlah selalu pesan tok nenek
beringatlah selalu sebelum kena

enggang tak secantik si merak
pipit merana yang makan hati
mari semua berkunjung ke Perak
bolehlah tokwan belanja capati

anak enggang di pokok ciku
lalu terbang ke pokok rambutan
cerita duka telah berlaku
  jadi pedoman buat ingatan

enggang berehat di atas batu
sampai bila dapat bertahan
biarlah kawan buat begitu
berserah saja kepada Tuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan