Jumaat, 16 September 2011

BERTAUT SEMULA



enggang di pohon limau purut
terbang menuju pokok meranti
hati yang marah jangan di turut
berilah kemaafan seikhlas hati

burung enggang bersayap lebar
membuat sarang di pohon berangan
dalam berkawan banyak bersabar
baru berkekalan dan berpanjangan

enggang tinggi di angkasa
pipit hanya di pohon pala
adat sengketa perkara biasa
maaf memaafi bertaut semula

enggang lapar mencari makan
si pipit dahaga minum di paya
kata mengata cuba elakkan
tegur menegur jadikan budaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan