Sirih berlipat sekalung adat
pinang juga tumbuh di rimba
selagi dikau belum ku dapat
tidaklah jemu aku mencuba
sirih melata tumbuh bercabang
pinang tirus setinggi meranti
biarlah jauh hidup terbuang
namun tak jemu aku menanti
sirih subur berdaun hijau
digobek tembaga diasak lumat
ribut taufan tidak ku hirau
harapan di hati jati tersemat
sirih subur berdaun hijau
digobek tembaga diasak lumat
ribut taufan tidak ku hirau
harapan di hati jati tersemat
sirih pinang pengikat tanda
cepu gambir bersalut tembaga
biarlah ribut taufan melanda
kerana kasih ku turutkan juga
cepu gambir bersalut tembaga
biarlah ribut taufan melanda
kerana kasih ku turutkan juga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan