Jumaat, 16 September 2011

PANTUN SI BURUNG ENGGANG




enggang lalu ranting patah
kata bidalan orang Melayu
sudah tahu orang buat salah
usah tergoda pujuk dan rayu

enggang di pucuk pohon berangan
tumbuh meninggi tepi banjaran
cerita yang baik dijadi pegangan
kisah yang buruk buat pengajaran

terbang enggang ke Bukit Larut
nampak hebat kepaknya sasa
usah diikut cakap si Pak Turut
kelaknya diri hidup tersiksa

enggang bersarang di tepi lata
di pohon rimbun tumbuh melata
biarlah orang asyik mengata
bersabar saja elakkan sengketa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan