Khamis, 15 September 2011

MERANA



mati pohon batang bertarah
tempat hinggap burung merpati
lukalah jari nampak berdarah
jiwa merana dik luka di hati

terpikat pada teruna muda
atau seorang bujangan duda
mungkin yang sudah berpunya
tepok dada tanya selera

panas sungguh di Kota Lukut
mentari bersinar sampai ke petang
hidup umpama bagai melukut
hanya menumpang di tepi gantang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan