Jumaat, 16 September 2011

PANTUN BERSAMA NOR (KOLEKSI)




kelapa muda tidak bersantan
dibuat inti kuih berbijan
bila merindu pada mu intan
airmata gugur bagaikan hujan

sedap diminum nira kelapa
jika disimpan menjadi cuka
renung tajam pada siapa
tapi muka nampak berduka

sejuk dingin hembusan bayu
meliang liuk pohon kelapa
riak di wajah kelihatan sayu
mungkin terkenang pada siapa

pergi mengail si ikan bujuk
ditengah tasik melabuh sauh
bagaikan hati tengah merajuk
membawa diri pergi jauh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan