Jumaat, 16 September 2011

MERISIK RINDU



pergi mengail ikan gelama
masak gulai berasam jawa
bilakah lagi dapat bersama
mereda resah rindu dijiwa

makan nasi duduk bersila
berlauk tenggiri ikan gelama
hendak bertemu entahkan bila
semakin dinanti terasa lama

parut kelapa santan berpati
untuk menggulai ikan gelama
bagaikan Qais luluhnya hati
menunggu Laila tak kunjung jelma

tarian lenggok lenggang mak Enun
ditonton oleh ramai tetamu
bagai amukan rindu Laila Majnun
Merisik khabar rindu padamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan