pelata dimakan si ikan kembung
lalu di pukat bawa ke perahu
sudahlah tinggal tidak sebumbung
hati sedih pun buat tak tahu
pedih di hati bagaikan tiada terperi
terutama ketika ku bangun di waktu pagi
tidak ku mahu menggandakan isteri
sebelum mati amalan nak ku tambah lagi
lalu di pukat bawa ke perahu
sudahlah tinggal tidak sebumbung
hati sedih pun buat tak tahu
pedih di hati bagaikan tiada terperi
terutama ketika ku bangun di waktu pagi
tidak ku mahu menggandakan isteri
sebelum mati amalan nak ku tambah lagi
ku bangun pagi sinaran berseri
mentari menyuluh di alam maya
tiada terniat nak menambah isteri
jika berpeluang tak salah rasanya
beginilah nasib pedagang senja
belanja susut modal pun kurang
tiadalah tempat nak ku bermanja
hanya menyusah hidupnya orang
kalau pergi Pekan Segamat
singgah sebentar di Batu Pahat
terima kasih kata berhikmat
dalam kita bergurau ada nasihat
belanja susut modal pun kurang
tiadalah tempat nak ku bermanja
hanya menyusah hidupnya orang
kalau pergi Pekan Segamat
singgah sebentar di Batu Pahat
terima kasih kata berhikmat
dalam kita bergurau ada nasihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan