Jumaat, 16 September 2011

MENINGKAT USIA



Buahlah limau di buat perahan
buat minuman basahkan tekak
ingatkan orang cakap perlahan
rupanya telinga mulalah pekak

masak sambal  santan berlada
kupas  kelapa  tiada   bersabut
hendak  berlari  berlagak muda
kepala  lutut pula rasa tercabut

cantik   bergaya   tampak   segak
tambah kemas memakai songkok
  hendak   rasanya   berjalan   tegak
tapi  belakang  mula  membongkok

kayu   keras  direndam-rendam
baru senang  memaku kempas
muka berkedut diandam-andam
di  bawah  dagu  kulit   berkipas

pokoklah   kayu  si   kelat   paya
dahan   rendah  perlu  di repang
walau  kemas  nampak bergaya
tetapi sayang  gigi dah rompang







Tiada ulasan:

Catat Ulasan