Jumaat, 16 September 2011

AWAS JANGAN IKUT SUKA


pauh  masam  seperti  cuka
berbuah lebat di Teluk Sena
jangan   main  ikutlah   suka
nanti  kecewa  jiwa   merana

pauh masam  seperti cuka
tumbuh subur di tepi rimba
jangan  main  ikutlah  suka
nanti  riang  bertukar   hiba

pauh  masam   seperti cuka
sedap dicicah  garam perisa
jangan   main  ikutlah   suka
nanti sesal sepanjang masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan