Jumaat, 16 September 2011

BIMBANG




kolam terletak di sebelah tepi
di sisi kolam terletak perigi
takut sahabat diam menyepi
tokwan bimbang tak disapa lagi

ibu roti bernama ragi
dibeli orang dikedai zaitun
tokwan tidak berduka lagi
ramai datang sambil berpantun

tepung di buluh nama gelamai
buluh dicari di tengahnya hutan
kita berpantun beramai-ramai
tambah mesra erat persahabatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan