Khamis, 15 September 2011

MENANGIS AKU DI CERITA MIMPI



kapal singgah tepi dermaga
bagai terumbang melabuh sauh
dalam tertidur aku terjaga
bila bermimpi kau pergi jauh

sauh dilabuh kapal dah tiba
cecah ke laut bagai peluru
di tidor lena menangis hiba
mimpi ku buat jiwa celaru

kapal belayar di Teluk Bayu
bawa muatan ke Teluk Maluku
mimpi bertafsir berita sayu
kau pergi jauh tinggalkan daku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan