Khamis, 15 September 2011

KERESAHAN JIWA




membeli barang nak buat kuih
tepung beras untuk si putu jawa
ku pintal ombak nak jadikan buih
rupanya badai melemaskan jiwa

si pucuklah paku dibuat kerabu
dicampur taugeh barang sekati
ku genggam bara nak jadikan abu
rupanya membakar diri dan hati

tumbuklah padi antan beralu 
lalu di ayak duduk bersila
ku kirim rindu di angin lalu
rupanya bertukar ribut menggila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan