Khamis, 15 September 2011

MELERAI RESAH



rancak bertepuk jari menari
ikut irama gendang dihati
jiwa meluah rahsia diri
melerai resah semangat jati

lembut bayu membelai manja
menerjah rindu tika bersama
mampu ku berlari meniti senja
menanti malam kian menjelma

embun menitis dihujung kaki
kabus menjelma celahan cahaya
gunung tinggi hendak ku daki
kudrat sejemput tidak terdaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan