Jumaat, 16 September 2011

LAMBAIAN



berenang-renang anak berudu
hanyut dik air sampai muara
sehari tak jumpa terasa rindu
jiwa sunyi tak dengar suara

tegap rimbun pohon kepayang
buahnya gugur di air tenang
siang malam asyik terbayang
tidor baring terkenang-kenang

titilah kayu batang meranti
laluan seberang pekan Selama
kalau tercapai hasrat di hati
rela ku hidup mati bersama

anak teruna berseluar sendat
berbaju corak bulu merpati
biarlah ku mati bersula adat
asalkan dapat si buah hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan