Jumaat, 16 September 2011

LAMBAIAN HATI


di waktu subuh ketuk kerantung
sayup bergema di pagi hari
bagai terputus si urat jantung
dikau berlalu membawa diri
wahai cik adik orang bestari
senyum lebar manis rupanya
lambaian mesra nak ku beri
sudikah sidia menerimanya
tanaklah nasi di waktu senja
untuk dimakan bersama ulam
hati berkenan pada si manja
teringat sidia siang dan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan