Jumaat, 9 September 2011

KESEMPURNAAN



Ya Allah !

Aku adalah milik Mu
yang terlalu kerdil disisi tika bersujud
membuat lidah dan hati ku kelu
akan Keagungan jua Kebesaran Mu

Ya Rahman !

Segala kesempurnaan Mu Tuhan
pemerintah seluruh Alam
menurunkan Islam untuk kesejagatan ummah
para Nabi, seluruh Rasul dan Rasulullah

Ya Jabbar !


Beruntunglah insan yang Kamil jua Syamil
berfitrah kental mensyukuri Rahmah dan Nikmah
berpegang kukuh pada Aqidah ,Ibadah,Akhlak, Syariah
bias pada godaan mungkar, iblis waima nafsu serakah

Ya Kahar !

Sekudus hati sesuci lidah tanpa bercanggah
sesungguhnya Kau lah Tuhan Yang Maha Gagah
tiada Tuhan selain Mu yang berhak disembah
hidup dan mati ku hanyalah untuk Mu, Allah !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan