Jumaat, 9 September 2011

GURINDAM TOKWAN






Aku bergelar tokwan

melukut di sisian gantang
manakan dipandang orang
debu di penjuru ruang
ditiup angin tanpa arah melayang
kertas buruk terbuang
hanya menyakit mata memandang
kain reput dimamah usang
menjadi tempat anai-anai bersarang

Aku bergelar tokwan

meraba mencari terowong sinar
dilorong gelap mata berpinar
melangkah di laluan getir
bagai jiwa musnah disambar petir
dihanyut  gelora  di lautan cemar
dimana diri hanyut  terdampar
meniti titian sempit dicahaya samar
diri tersesat jauh tersasar

Aku bergelar tokwan

mencari setitis harapan
mengharap tuah nasib dibadan
mengubat hati  kesepian
mengimpi kasih seorang insan
meratap jiwa kesunyian
entah bila perolehi kebahagian
mengharap bayu menyegar impian
menyejuk pijar hati kepanasan

Aku bergelar tokwan

mengejar kemanisan iman
redha terima dugaan Tuhan
menambah kekukuhan keinsafan
agar diri tidak dalam kesesatan
melerai kecelaruan kekusutan
moga yang tersimpul dihuraikan
melayari kebahagian kehidupan
pencarian setitik nokhtah satu harapan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan