Jumaat, 9 September 2011

HALUAN TAK PASTI



hendak ku sirami air wangi
takut membanjiri hati
hendak nyalakan api
bimbang membakar diri

hendak ku berenang
takut tak sampai seberang
hendak menyelam di lubuk dalam
bimbang lemas tenggelam

hendak ku berakit ke muara
takut tersadai entah dimana
hendak layari samudera
takut disambar badai gelora

Tiada ulasan:

Catat Ulasan