Khamis, 15 September 2011

KEMANA HENDAK KU BAWA DIRI




pergi mengail di lubuk haruan
tempat mandi dan juga santai
ramai orang datang berkunjung
rindu sungguh di hatiku tuan
bak laut terbentang tiada berpantai
ibarat dunia tiada penghujung

lembu kerbau rasa tercabar
melihat kambing berjanggut panjang
ku bawa diri banyak bersabar
banyak berzikir dan bersembahyang

kerang tersengih ketam ketawa
udang bongkok nak lurus pinggang
kemana diri hendak ku bawa
jikalah diri tiada yang sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan