Khamis, 15 September 2011

RESAH



mayang kembang dicelah sudur
putik terbit berbentuk segi
terbayang adinda sebelum tidur
sampai termimpi bawa ke pagi

bagai berurat selembar benang
terjurai lurus disudur mayang
seandai diri resah tak tenang
sujud dahi di tikar sembahyang

putik lerai sudur tersangkut
sipinang muda tepi sempadan
resah di hati jangan diikut
kalau diturut siksalah badan

putik terlerai dik angin lalu
jatuh bersepai sampai ke bagan
bila bertemu lidahku kelu
hendak bersapa terasa segan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan