Sabtu, 10 September 2011

HILANG KEMARAU DIK HUJAN SEHARI


Di celahan puncak gunung biru
mentari terjaga dari tidor lena
tersenyum memancar sinar bakti
menyerap debuan air ke langit
bak kapas memutih berterbangan
mulanya berpecah lalu bersatu
 
hari cerah bertukar mendung
guruh berdentum kilat bersabung
memercik api menggegar bumi

bergetar rerumput terkejut kaku
kemarau setahun hilang hausnya
kerana sehari hujan menimpa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan