Jumaat, 16 September 2011

HANYA DIKAU HATI MEMUJA



wahai    kekasih    taruhan    jiwa
padamu sahaja tempat bermanja
sudah    lama   tidak    menjelma
rindu    di  hatiku    tidak    terkira

wahai    puteri    pujaan    sukma
setiap    detik    tidak    ku    lupa
kau  menghilang  entah  dimana
puas   ku   cari   tidak   ku jumpa

wahai   adinda   kanda   memuja
hanyalah   dikau   saja   ku  cinta
kini   kau   pergi   jauh   di   mata
sambutlah  salam  dari  kekanda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan