Khamis, 15 September 2011

GURAUAN SENDA



apa yang ada di dalam sangai
rupanya ada siasam paya
jangan bermain didalam sungai
takut nanti ada buaya

kaki tertikam paku karat
bengkak sampai celah pelipat
jika takut buaya darat
sila kahwin cepat-cepat

berikan saya barang seringgit
untuk membeli sebungkus ragi
buaya darat tidak menggigit
kerana sudah tidak bergigi

kalau pergi ke Sungai Remai
seberang sungai kena berenang
rupa cantik kawan pun ramai
pujuklah seorang masuk meminang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan