Jumaat, 16 September 2011

KERANA SAYANG



merayau-rayau  si  anak  kambing
jatuh  ke lubang  membawa padah
walau di depan tombak berlembing
kerana   sayang   tetap   ku   redah

makan    rumput   si   kerbau  sapi
nampak  bengis  rupanya   garang
walaupun   terbakar   bara   berapi
ku  genggam  jua  menjadi   arang

makan   di   lantai   duduk   bersila
terasa     sedap   sungguh   selera
walaupun  ombak  badai menggila
ku   layari   jua   lautan   bergelora

Tiada ulasan:

Catat Ulasan