Jumaat, 16 September 2011

DI MANA SANGKUT KITA MENYINGGAH



airmata berlinang di pipi
asyik merindu sehari-hari
kenapa sayu bernada sepi
bagai merajuk membawa diri
 
air sejuk didalam gelas
gelas ada diatas peti
gurau senda kata berbalas
semata untuk hiburkan hati
 
pergi mengait buah berangan
bila direbus enak dimakan
makan bersama rakan dan tolan
jika kau sudi hulurkan tangan
biarlah hamba tolong pimpinkan
kehadapan kita meneruskan jalan
 
pergi seberang menaiki sampan  
sampai disana barang dipunggah
ayuh berjalan terus ke depan
dimana sangkut kita menyinggah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan