Jumaat, 16 September 2011

DERITA JIWA


rumput hijau tanahnya subur
rumpun rimbun ditempat redup
tersiksa jiwa hasrat terkubur
rela derita sepanjang hidup
 

madu bukan sebarang madu  
madu lebah pokok tualang
rindu bukan sebarang rindu
rindu kekasih kini menghilang

ikutlah resmi si lebah madu
pokok yang tinggi ia bersarang
bagaimana nak lepaskan rindu
orang dirindu kepunyaan orang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan