Jumaat, 16 September 2011

LALU TAK MENYAPA




mekar bunga di dalam pasu
pecah berderai ditimpa kelapa
mengapa ina diam membisu
hanyalah lalu tidak menyapa

tajam belati besi bertempa
untuk meraut lidi kelapa
terima kasih kerana menyapa
ingat diriku sudah kau lupa

masam sungguh rasanya cuka
dicampur pula dengan serawa
bawa sedikit dibuat bekal
jangan disangka sentiasa suka
dalam sedih pun saya ketawa
tidak bermakna berubah akal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan