Jumaat, 16 September 2011

BERGELUT SURAM



sejuk damai di dalam rimba
rimba berada jauh di sana
apalah malang nasibnya hamba
menanti kawan entah di mana

manis rasanya si buah lemba
jangan di cicah bersama garam
bagaikan hidup di dalam rimba
di hati hamba bergelut suram

di hulu sungai melepaskan tuba
habislah mati ikan haruan
menanti kawan tak kunjung tiba
jiwa ku kosong tiada keruan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan