berseri alam dalam renungan
sinar mentari di celahan awan
walau bunga di taman larangan
mengapa berkenan hati tertawan
di tepi pantai memungut kerang
lalu di simpan di dalam raga
bunga kembang di taman orang
entah kenapa nak di petik juga
sedap didengar alunan merdu
lagu asli serampang laut
bunga kembang tiada bermadu
kerana cantik hati terpaut
pedas rasa sambal berlada
dimasak tumis si ikan puyu
kasihan bunga bermadu tiada
hendak ku petik sebelum layu
sinar mentari di celahan awan
walau bunga di taman larangan
mengapa berkenan hati tertawan
di tepi pantai memungut kerang
lalu di simpan di dalam raga
bunga kembang di taman orang
entah kenapa nak di petik juga
sedap didengar alunan merdu
lagu asli serampang laut
bunga kembang tiada bermadu
kerana cantik hati terpaut
pedas rasa sambal berlada
dimasak tumis si ikan puyu
kasihan bunga bermadu tiada
hendak ku petik sebelum layu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan