Isnin, 18 Mac 2013

BERMAAFAN TIADA KEIKHLASAN


Reputlah kayu kalau terendam
dibiar berhujan bersama papan
buruknya laku jika berdendam
bermaaf-maafan sekadar ucapan

Papan dijemur menjadi ringan
terkena asap hitam berjelaga
bermaafan serta berjabat tangan
mengapa muka berpaling juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan