Jumaat, 22 Februari 2013

USAH DITURUTKAN HATI YANG SAYU


Kalau serong memotong kayu
rencong papan tersalah ketam
jangan diturut hati yang sayu
usah semendung si awan hitam

Kayu serong dibuatkan alu
diketam licin ditarah-tarah
awan mendung biar berlalu
langit hitam bertukar cerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan