Jumaat, 22 Februari 2013

KEHENDAK HATI


Kalau condong pohon cenerai

ditongkat kayu bercabang tiga
hajat di hati tak mahu bercerai
kehendak hati terpaksa juga

Subur bakau di tanah basah
dibuat orang penambat perahu
niat di hati tak mahu berpisah
kehendak Allah siapa yang tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan