Khamis, 2 Februari 2012

PUTIK KASIH MULA BERKEMBANG

 



2 ulasan:

  1. salam bapak indah sekali untaian kalimat di postingan bapak.. kalau boleh saya menyambung :

    Tingkap papan kayu bersegi,
    Sampan sakat di Pulau Angsa;
    Indah tampan kerana budi,
    Tinggi bangsa kerana bahasa.

    Buah berangan masaknya merah,
    Kelekati dalam perahu;
    Luka di tangan nampak berdarah,
    Luka di hati siapa yang tahu.

    Dari mana punai melayang,
    Dari paya turun ke padi;
    Dari mana datangnya sayang,
    Dari mata turun ke hati.

    Pucuk pauh delima batu,
    Anak sembilang di tapak tangan;
    Tuan jauh di negeri satu,
    Hilang di mata di hati jangan.


    salam hormat saya pada bapak.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tidak terhingga dari ayahanda...

    Paya belatik Pulau Serawa
    tempat bermain si itik angsa
    cantik budi sanjungan jiwa
    indah bahasa penyeri bangsa

    Tumbuh di laman si pohon larah
    dahannya patah menimpa mawar
    luka di tangan nampak berdarah
    hati yang luka perlu penawar

    Pohon selasih di tepi kali
    tempat berteduh itik serati
    kasih sayang tak dijual beli
    lahirnya dari seikhlas hati

    Merimbun dauh si pohon pauh
    subur tumbuh di tanah rata
    walaupun kita terpisah jauh
    ikatan mesra selalu di mata

    BalasPadam