Jumaat, 16 September 2011

TERTAWAN



titian melintang batang kelapa
untuk seberang ke sawah padi
tertawan bukan indahnya rupa
hati terpaut keranalah budi

ke hulu sungai lagi diredah
inikan pula mengharung paya
kini mata tertawanlah sudah
keranalah hati sudah percaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan