Khamis, 15 September 2011

TAKDIR




anaklah itik berenang-renang
mati se ekor termakan ragi
barang lepas jangan dikenang
airmata tidak berguna lagi

pakai baju berwarna merah
jauh dilihat bagaikan berapi
kepada Allah kita berserah
takdir yang datang kita hadapi

Pergi mengail ikan sia-sia
masak bersama rakan dan jiran
Allah menduga hati manusia
terima seadanya dengan kesabaran

kasihan pula tengok pak mamat
kerana berjalan memakai tongkat
semoga kita memperolehi rahmat
segala usaha mendapat berkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan