Khamis, 15 September 2011

PERPISAHAN JADI KENANGAN




pergi menyemai benih selasih
didalam kebun pokok pulasan
selamat berbahagia wahai kekasihku
iring doa mereda tangisan

Ladang ditumbuhi sipokok paku
dikutiplah orang setiap pagi
walaupun masih kau ingat padaku
namun kita tak seperti dahulu lagi

banyak sungguh pohon berangan
benih disemai di dalam taman
biar perpisahan jadi kenangan
hidup ku masih tiada berteman

hendak menyemai benih berangan
perlu disiram dibiar jangan
nak petik bunga di taman larangan
duri menikam jejari tangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan