Khamis, 15 September 2011

SURATAN NASIB


Rumah pusaka usang tiada berpaku
sendi bersendal cengal yang tahan
pelbagai dugaan menimpa nasib ku
Tetapku redha ketentuan Mu Tuhan
Rumah pusaka banyaklah ruang
ruangnya lapang nampak selesa
biar ku kesepian hidup terbuang
hatiku tetap pada yang Maha Esa
Rumah pusaka di taman kemboja
berbau harum si bunga melati
menyerah nasib sang peniti senja
deritalah hidup sebelum mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan