Jumaat, 9 September 2011

PILU ~



Biar kenangan mengalir
bagai air hulu hanyut ke hilir
bersama debu-debu terlekat di pasir
tak mungkin menyongsang arah

Biarlah ia berlalu
bersama pedih memilu resah
patah arang tak mungkin bersambung
dikau di pangkal, aku di hujung

aku tetap pasrah
patah hati ku sukar diubati
yang lain sudah berganti
jangan kau susuri langkah ku lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan