Jumaat, 9 September 2011

SENJA KIAN MENJENGAH MALAM


Mentari petang mula kekamar
sinar terang menjadi samar

cahaya suram bertambah merah
buana sepi mula meresah

unggas mula kembali ke sarang
bimbang dihati sesat nak pulang

langit kelam semakin malap
mentari hilang bertambah gelap

senja mula melambai salam
petanda hari menjengah malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan