Jumaat, 16 September 2011

SEBAK


pergi mengail ikan gelama
masak gulai berasam jawa
bilakah lagi dapat bersama
redakan resah rindu di jiwa

anak itik berenang-renang
bermain-main di dalam lata
orang jauh tetap dikenang
selalu bermain di ruang mata

manis sungguh sibuah manggis
dibawa orang di dalam perahu
bengkak mata kerana menangis
sebak di hati siapa yang tahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan