Khamis, 15 September 2011

MERAJUK PANJANG



pergi kepekan membeli cuka
dibuat kuah mencicah kerang
kalau isteri bermasam muka
baik keluar elakkan perang

buah durian dalam keranjang
diatas basikal si mamat tukang
kalau dikejo ngan parang panjang
apa ditunggu lari lintang pukang

pergi menajak di sawah bendang
benih padi di bakul keranjang
kalau isteri dah tak meradang
biar daku pula merajuk panjang

kainlah buruk diperah-perah
lalu dibuang dalam tong sampah
kalau selalu marah-marah
suami pun naik menyampah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan