Jumaat, 9 September 2011

PERTEMUAN INI


di pertemuan ini
melepas cabangan rindu
membelai jiwa daunan layu
menyelami hati di rantingan runcing
melerai kusut dahanan kering

merimbunlah wahai pepohon
bersama mekar kuntuman senyum
kembang berbunga harum
menambah seri taman sanubari
moga bayu lembut bertandang lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan