Jumaat, 9 September 2011

PERPISAHAN TERPAKSA


Bagai guntur di langit
bergegar membelah bumi
ombak kecil di gigi pantai
kian menjadi badai

mentari henti bersinar
gelap dunia kian sepi
gunung berkecai
menghempas tubuh dan hati

pedihnya kalimah keramat
lidah bersimpul bibir terikat
terluah kata laknat di mulut
melerai ikatan kusut

antara kita berbeza rasa
tiada sehaluan hala
tiada lagi mesra indah
aku terpaksa jua melangkah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan