Jumaat, 16 September 2011

MEWARISI BUDAYA



  terbang undan berkawan-kawan
di tepi pantai Kuala Linggi
nyior melambai jauh di sana
bulan suram dilindung awan
bintang merajuk di langit tinggi
buana gelita sepi merana

pergi seberang berdayung sampan
sampan terikat dik tali belati
kekasih disayang diumpan-umpan
sayang sahabat seikhlas hati
 

berenang-renang si itik angsa
di dalam kolam tepian telaga
tempat minum si anak rusa
demi mewarisi budaya bangsa
pantun dan puisi perlu dijaga
agar tak hilang ditelan masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan