Jumaat, 16 September 2011

MEKAR MENGHARUM



anak harimau berlegar-legar
nak menghendap si anak rusa
biarlah bunga sentiasa segar
mekar harum sepanjang masa

kerisik kelapa berbaulah tengi
kerana dicampur sebuk perisa
bunga mekar harum mewangi
di rindu kumbang setiap masa

selasih subur di tepi halaman
habis merunduk ditimpa kayu
bunga kembang harum di taman
di rindu kumbang sebelum layu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan