Khamis, 15 September 2011

KERANA SAYANG



Si anak kecil menangis tersedu
diserang penyakit beranika jenis
walaupun pahit bagai hempedu
ku telan juga terasa manis

Burung kenari di tengah rimba
sedang berbunyi hatinya rindu
walaupun bisa bagaikan tuba
ku makan juga terasa madu

Pasar malam di hari Selasa
ramailah orang turut berniaga
walaupun duri onak berbisa
kerana sayang ku pijak juga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan