Jumaat, 9 September 2011

KE PULAU SEBERANG !


Pendayung ditangan
kolek ku kayuh perlahan
meniti ombak bersambung
tubuh basah bermandi keringat
semangat kental hati membara

dahi kian berkerut
nafas kian berdenyut semput
tenaga keramat mengejar cita
terus mara pantang kecundang
akhir sampai ke pulau seberang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan